Hari Terbuka PI1M 2014

21 Januari 2014 | Selasa

Bagi memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Cawangan Duyong Melaka kepada umum satu Karnival Hari Terbuka telah diadakan dapa 22 Januari 2014.

Ini adalah bagi memperkenalkan lagi kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada masyarakat sekitar amnya dan masyarakat luar khususnya tentang keistimewaan Pusat Internet 1 Malaysia jika dibandingkan dengan pusat internet swasta yang sedia ada. Hari Terbuka PI1M Duyong juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengeratkan ukhwah antara komuniti bagi membolehkan setiapaktiviti dapan dilaksanakan bersama-sama

Selain itu, program hari terbuka juga adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar tentang pentingnya internet pada masa kini. Mentaliti warga emas atau warga pertengahan perlu diperjelaskan tentang kepentingan internet untuk meneruskan kesinambungan hidup dalam dunia yang serba canggih ini.

Perkembangan tamadun moden sekarang merupakan salah satu faktor mengapa kerajaan menggalakkan lahirnya individu atau kumpulan yang mahir dengan ilmu teknologi.