INFORMASI TEMPATAN

Maklumat Komuniti

Info:
- Asal Usul Kampung Duyong Tengah daripada:
1. Lagenda 'Hang Tuah'
2. Buaya Putih
3. Lagenda Ikan Duyong
- Jarak antara Kampung Duyong dan Bandar Hilir Melaka adalah 5 KM.

DAERAHMELAKA TENGAH
DUNN21 DUYONG
MUKIMMELAKA TENGAH
PARLIMENP138 KOTA MELAKA
NEGERIMELAKA

Nama YB ADUN:
YBhg Datuk Zaini Bin Ismail

Info Penduduk:
1500 penduduk

Populasi Penduduk:
100% Melayu dan Beragama Islam

Purata Umur Penduduk:
1). Warga Emas – Sederhana
2). Dewasa / Belia – Tinggi
3). Kanak-kanak - Tinggi

Purata Pekerjaan:
1). Pesara
2). Bekerja Sendiri
3). Sektor Kerajaan
4). Sektor Swasta

Rekreasi & Pelancongan

Pusat Tumpuan Pelancong

Bustel Melaka

Pantai Klebang

Muzium Kapal Selam

The Shore Sky Tower

Rumah Terbalik

Masjid Kampung Hulu

Kota A Famosa

Melaka River Cruise

The Stadthuys

Baba & Nyonya Heritage Museum

Masjid Selat

Jonker Walk

Masjid Kampung Kling

Menara Taming Sari

Zoo Melaka

Taman Rama-Rama & Reptilia

Taman Buaya

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Australia Village @ Masbro Village

Freeport A’Famosa Outlet


Tempat Makan Yang Menarik

Roti Canai Kayu Arang

Nasi Beriani Haji Tamby

Cendol Bakar

Klebang Original Coconut Shake

Barkat Roti John

Asam Pedas Hajjah Mona

Ikan Bakar Umbai


Homestay

Seri Duyong Homestay

Su Homestay Seri Duyung

Tuah Homestay di Kampung Duyong


Kemudahan Awam

Lokasi-Lokasi

Balai Polis Melaka Tengah
Hospital Besar Melaka
Aeon Ayer Keroh
Pendidikan

Lokasi-Lokasi

Sekolah Kebangsaan Duyong
Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil
Kisah Kejayaan

Noor Hasmaizatul Nadrah Binti Ismail
Celik IT

No. Telefon:
017-686 7558

Email:
has_duyong@digicbc.com

Kisah Kejayaan:
Latar belakang: Saya Noor Hasmaizatul Nadrah Binti Ismail merupakan Pengurus di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Duyong Tengah. Selama lebih kurang dua tahun perkhidmatan saya di permis ini terdapat banyak perkara dan ilmu yang saya perolehi. Ini adalah kerana, saya bukanlah lahir dari bidang IT. Jadi, setelah berkecimpung dalam bidang ini saya berasa amat bertuah kerana dapat menerokai ilmu baru yang berguna untuk kegunaan dalam kehidupan seharian disamping mengembangkan kepada komuniti sekitar.

Kewujudan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dikampung ini memberikan satu harapan baru kepada penduduk sekitar khususnya dan masyarakat luar am nya. Semua sedia maklum peredaran multimedia sangat cepat jadi penggunaannya juga sangat meluas. Dulu Internet hanyalah digunakan untuk mencari maklumat, menghantar email dan lain-lain.

Namun, pada masa ini medium internet sangat luas. Komuniti khususnya suri rumah dapat menjana ekonomi bermula dari rumah. Kerajaan sendiri menggalakkan masyarakat menceburi bidang perniagaan untuk menambahkan pendapatan. Semua sedia maklum perniagaan melalui internet sangat mudah,menjimatkan serta fleksible. Ini ada lah kerana hanya dihujung jari masyarakat boleh menjalankan perlbagai urusan dengan cepat dan pantas.

Atas kesedaran untuk membantu masyarakat sekitar menambah pendapatan saya mengambil kesempatan yang diberikan untuk melahirkan usahawan baru dan memantapkan usahawan sedia ada. Dengan serba sedikit ilmu yang ada pada peringkat permulaan saya menggunakan medium Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk memberi serba sedikit ilmu usahawan. Dari situ bermulalah kelas usahawan yang dikendalikan oleh saya sendiri untuk memberikan maklumat serta ilmu kepada usahawan. Ini adalah kerana mentality kebanyakkan usahawan desa ialah hanya untuk memperolehi keuntungan untuk menerusikan hidup bukan untuk mengembangkan perniagaan atau produk yang dimiliki.

Oleh sebab itu, lah saya menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Duyong sebagai rujukan untuk mereka yang berminat untuk menjadi usahawan sama ada usahawan 'online' dan 'down line'. Selain saya sebagai sumber rujukkan, saya mendapat kerjasama yang baik dari pihak Tekun dan MARA bagi memberi maklumat yang diperlukan. Mereka hanya perlu datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Duyong untuk mendapatkan kemudahan yang diperlukan. Selain memberikan tunjuk ajar pihak Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ia juga mendapat kerjasama dari Melaka International College of Science and Technology (Micost) dan Kolej Komuniti untuk memberikan latihan keusahawan selain UiTM dan UTeM. Saya selaku Pengurus disini menggunakan medium yang disediakan untuk membantu mereka. Ini adalah kerana, semua kemudahan yang diperlukan untuk usahawan atau perniagaan telah tersedia di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), jadi saya sebagai Pengurus hanya perlu bertindak untuk merealisasikan matlamat tersbut.

Apa yang dipelajari melalui NADI:
- Belajar menaip dengan pantas.
- Menggunakan medium yang disediakan untuk membantu keusahawanan 'online dan downline'.
- Membuat “slide powerpoint” dan membentangkan di hadapan kelas.

Keusahawanan