Mengenai NADI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif NADI



Sejarah

Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.

Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).

Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.

Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PASTI IMTIYAZ

Aktiviti Terkini | 12 September 2024

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyambut Maulidur Rasul bersama dengan pelajar Tadika Pasti Imtiyaz....baca selanjutnya

CANVA – POSTER KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2024

Aktiviti dimulakan dengan menerangkan fungsi dan cara-cara untuk menggunakan ‘Website Canva’ kepada peserta...baca selanjutnya

MICROSOFT POWERPOINT : AWAL MUHARRAM

Aktiviti Terkini | 6 Julai 2024

Aktiviti dimulakan dengan menerangkan fungsi dan cara-cara untuk menggunakan Microsoft PowerPoint kepada peserta...baca selanjutnya

CANVA – POSTER HARI RAYA AIDILADHA

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2024

Aktiviti dimulakan dengan menerangkan fungsi dan cara-cara untuk menggunakan ‘Website Canva’ kepada peserta...baca selanjutnya

CANVA – POSTER SELAMAT HARI IBU

Aktiviti Terkini | 11 Mei 2024

Aktiviti dimulakan dengan menerangkan fungsi dan cara-cara untuk menggunakan ‘Website Canva’ kepada peserta...baca selanjutnya

BIODATA DIRI SAYA - MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 20 April 2024

Aktiviti dimulakan dengan menerangkan fungsi dan cara-cara untuk menggunakan perisian Microsoft Word...baca selanjutnya

POSTER CANVA : RAMADAN

Aktiviti Terkini | 7 Mac 2024

Aktiviti dimulakan dengan menerangkan fungsi dan cara-cara untuk menggunakan Website Canva kepada peserta...baca selanjutnya

PROGRAM HARI KELUARGA & MAJLIS PERPISAHAN TABIKA PERPADUAN TAMAN SERI DUYONG 2

Aktiviti Terkini | 3 Februari 2024

Program dimulakan dengan aktiviti mewarna bersama ahli keluarga yang bertemakan kekeluargaan, kuiz teka jumlah muka surat buku, aktiviti sukaneka serta penyampaian hadiah....baca selanjutnya

CRAFT & STORYTELLING AZAM TAHUN BARU SAYA

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2024

Program dimulakan dengan peserta mendengar cerita nasihat daripada kakitangan Perpustakaan Desa...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti