Bengkel Kursus Keusahawanan Sesi Pertama 2014
13 Julai 2014 | AhadDunia perniagaan memang tidak dapat lari dalam diri individu. Ini adalah kerana bidang perniagaan dapat menjana pendapatan individu dan isi rumah. Pada masa sekarang perniagaan boleh dijalankan hanya dengan hujung jari.
Lambakkan perniagaan atas talian menyebabkan ramai yang ingin menceburi perniagaan ini. Ini adalah kerana mereka tidak perlu keluar untuk membuat sesuatu pembelian atau urusan. Semuanya hanya dengan satu capaian yang memudahkan segala urusan. Oleh kerana itu, satu inisiatif telah diambil bagi melahirkan lebih ramai usahawan. Dengan mewujudkan Bengkel Usahawan disetiap Pusat Internet 1 Malaysia dapat merubah sosio erkonomi penduduk. Ini adalah kerana Bengkel Keusahawanan yang dijalankan merupakan pusat mendalami ilmu perniagaan dan internet.
Pusat Internet 1 Malaysia merupakan satu pusat untuk pelbagai maklumat sama ada IT atau Keusahawanan. Bagi melahirkan usahawan yang berdaya saing Pusat Internet merupakan medan yang sewajarnya. Ini adalah kerana semua pengetahuan dapat dipelajari dan di aplikasikan dalam satu masa. Bengkel Keusahawan dijalankan pada minggu kedua dan keempat setiap bulan yang merangkumi 2 sessi pembelajaran iaitu secara manual dan elektronik.
Pembelajaran secara manual adalah dimana peserta program akan diberikan taklimat oleh mereka yang bertanggungjawab secara lisan atau bertulis. Pembelajaran secara elektronik pula ialah dimana peserta didedahkan kepada medium elektronik seperti komputer dan internet. Medium kedua ini sangat penting pada masa sekarang kerana dengan satu klik pengguna akan memperolehi pelbagai capaian dalam satu masa. Dengan perkembangan teknologi yang kian maju ini semua dapat di akses dengan hujung jari. Bagi modul elektronik kita akan mengajar peserta bagaimana untuk menjalankan perniagaan dimana-mana sahaja sama ada dirumah, pejabat atau sebagainya. Dalam modul ini juga kita akan memberi pendedahan macam mana untuk mempromosikan produk mereka tanpa berjumpa pelanggan secara langsung. Nampak menarikkan?? Bagi mengetahui lebih lanjut apa yang ditawarkan semasa Bengkel Keusahawanan bolehlah berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia Cawangan Duyong Melaka.