Lawatan Pengawai MARA, TEKUN, MBMB, YAYASAN Melaka, Jabatan Penerangan

4 Jun 2014 | Rabu

Semua sedia maklum Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Yayasan Melaka merupakan sebahagian pelopor dalam bidang perniagaan bukan sahaja di Melaka bahkan di seluruh Malaysia.Lawatan Pegawai MARA, TEKUN dan lain-lain merupakan salah satu inisiatif Pusat Internet 1 Malaysia dalam menjayakan program-program kemasyarakatan tanpa mengira sektor sama ada kerajaan atau swasta.

Selain itu ia merupakan salin jalinan atau kerjasama yang erat antara Jawatan Kuasa Kampung (JKKK), Belia Duyong Melaka (BEDUMA) dan Komuniti setempat bagi memartabatkan lagi fungsi Pusat Internet 1 Malaysia Cawangan Duyong.

Dengan adanya lawatan seumpama ini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia bukan sahaja pada penduduk kampung tetapi kepada semua agensi sama ada secara langsung atau tidak langsung. Disamping itu lawatan kerja ini juga merupakan salah satu program yang dapat memantapkan lagi usaha bagi melahirkan golongan celik IT disamping melahirkan tenaga kerja yang proaktif. Lawatan kerja ini mencerminkan bahawa Pusat Internet 1 Malaysia sebagai hub pembelajaran dan sebagai hab sosio ekonomi masyarakat.