Majlis Perasmian PI1M oleh Ketua Menteri Melaka

21 Mac 2014 | Jumaat

Majlis Perasmian Pusat Internet Kampung Duyong Tengah telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Yang Amat Berhormat Datuk Wira Ir. Hj Idris Bin Hj Haron sendiri dengan kerjasama Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Encik Abdul Razak Bin Abu dan komuniti Kampung Duyong Tengah sendiri. Ketua Menteri melahirkan rasa gembira dengan wujudnya Pusat Internet 1 Malaysia dan menyarankan agar Pusat Internet seperti ini dapat di wujudkan di setiap Dun atau sekurang-kurangnya satu untuk setiap Parlimen.