Karnival Rakyat

28 November 2014 | Jumaat

Karnival Rakyat merupakan salah satu acara tahunan bagi penduduk Kampung Duyong Tengah bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Oleh yang demikian bagi memenuhi acara tahunan ini pelbagai program telah dirancangkan antaranya Pertandingan Memancing, Permainan Dam, Gubahan dan lain-lain.

Karnival ini dimeriahkan dengan kehadiran Dato' Zaini selaku Pengerusi JAPERUN Duyong untuk upacara perasmian dan penyampaian hadiah bagi setiap pemenang. Simbolik perasmian Karnival Rakyat ini ialah dengan melepaskan ikan. Seterusnye peniupan wisel permulaan.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan bagi memeriahkan karnival tersebut termasuklah cabutan no bertuah, ikan terberat dan sebagainya. Antara hadiah menarik yang di sediakan ialah basikal, wang tunai, hamper dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang Karnival Rakyat: