Sambutan Merdeka Raya PI1M Duyong

23 Ogos 2014 | Ahad

Bersempena dengan bulan syawal yang jatuh pada bulan yang sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia. Satu sambutan yang bertemakan Merdeka Raya telah diadakan pada 23 August 2014. Sambutan Merdeka Raya ini mendapat sokongan daripada Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Kg. Duyong Tengah, PUsat Anak Permata Negara (PAPN), Tadika Kemas dan penduduk kampung.

Semasa sambutan ini banyak acara yang dipertandingkan. Antaranya pertandingan keluarga meriah yang bertemakan warna Bendera Malaysia iaitu Merah, Biru, Kuning dan Putih. Setiap keluarga yang menyertai pertandingan ini hendaklah menggayakan baju mengikut tema disamping menggayakan pakaian tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Selain itu acara yang paling mendapat sambutan yang hebat dari kaum bapa ialah acara anyaman ketupat menggunakan reben. Pertandingan masakkan merupakan acara kemuncak yang mendapat penyertaan yang ramai dari kaum ibu. Dalam pertandingan ini pelbagai jenis juadah popular yang selalu dihidangkan semasa hari raya dipersembahkan. Semoga acara seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang dan mendapat sokongan dari semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung.