Program Pertukaran Belia Friendship City Kota Sawahlunto, Indonesia dengan Kampung Duyong Melaka, Malaysia

5 hingga 9 September 2014 | Rabu

Program Pertukaran Belia Antarabangsa merupakan salah satu acara tahunan penduduk Kampung Duyong tengah. Ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara dua negara bagi melahirkan belia-belia yang berwawasan.

Namun pada tahun ini Pertukaran Belia yang dikenali sebagaiFriendship City Kota Sawahlunto dengan Kampung Duyong Tengah mendapat kerjasama dari pihak Pusat Internet 1 Malaysia cawangan Duyong. Sepanjang Belia- Belia Kota Sawahlunto Pusat Internet 1 Malaysia menjadi medan atau hub untuk semua acara.

Salah satu program yang di laksanakan ialah taklimat berkaitan Jenayah Cyber yang semakin meluas dewasa ini. Jenayah siber merupakan salah satu jenayah yang kian memuncak pada masa kini. Ini adalah kerana setiap apayang di buat naik menjadi perhatian orang lain dari semua peringkat. Oleh itu, kesedaran tentang jenayah siber harus diberikan penekanan.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan sepanjang empat hari program berlangsung. Ini adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan antara dua gagasan yang sama dan berkongsi idea, adab, cara hidup, sosio-ekonomi dan sebagainya bagi menambahkanlagi pengetahuan yang ada.