KLIK DENGAN BIJAK VS KONVOI MBMB

11 April 2015 | Sabtu

Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan salah satu agenda yang penting bagi negeri Melaka. Hari Melaka Bandaraya Bersejarah disambut pada tanggal 15 April setiap tahun.

Sebagai rakyat Melaka sambutan Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah merupakan salah satu program yang ditunggu-tunggu kerana sepanjang bulan tersebut kawasan dibawah seliaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan dihias cantik dengan lampu-lampu yang berwarna-warni dan pokok-pokok bunga yang cantik selain program-program yang pelbagai.

Pada tahun ini Konvoi Bermotosikal besar-besaran di adakan. Konvoi akan menjelajah setiap kawasan yang di selia oleh Majlis Melaka Bandaraya Bersejarah. Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Duyong merupakan salah satu premis yang terletak dibawah jajahan MBMB. Oleh itu, PI1M Kampung Duyong terlibat secara langsung dalam sambutan tersebut. Antara acara lain yang ditawarkan ialah Pembayaran cukai secara online, semakkan kebajikkan., pertandingan merwarna, pekaian beragam, pemeriksaan kesihatan, karaoke, cabutan bertuah dan lain-lain.

Antara agensi lain yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, KEMAS, Pejabat Tanah Dan Daerah Melaka Tengah, KPDNKK, JKJR dan lain-lain.