Latihan Kebakaran dan kecemasan

28 Februari 2015 | Sabtu

Kebakaran boleh berlaku bila-bila masa dan dimana sahaja. Api semasa kecil menjadi kawan bila besar menjadi lawan.

Atas inisiatif JKKK dan Penduduk Kampung Pusat Internet 1 Malaysia cawangan Duyong Tengah telah mengadakan latihan kebakaran dan bantuan kecemasan untuk memberikan khidmat sosial kepada komuniti di samping memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat sekitar tentang pentingnya kesedaran terhadap kebakaran dan pertolongan cemas.

Ini adalah salah satu ilmu untuk dipraktikkan sekiranya berlaku sesuatu musibah. Oleh kerana itu pihak Pusat Internet 1 Malaysia telah bekerjasama dengan Jawatan Kuasa Kampung Duyong Tengah telah bersepakat mengadakan latihan Kebakaran dan kecemasan bersama Jabatan Pertahanan Awam Negeri Melaka bagi merealisasikan program tersebut.

Antara program yang dijalankan ialah Latihan Kebakaran, Cara Mengendalikan Alat Pemadam Api, Langkah-Langkah Keselamatan sekiranya berlaku kebakaran, CPR, Bantuan sekiranye Tercekik dan lain-lain.