Majlis Ambang Ramadhan
14 Jun 2015 | Ahad“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...”— surah Al-Baqarah, ayat 185
Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin papa.
Bagi memenuhi tuntutan dan mengambil keberkatan bulan Syaaban yang bakal berakhir dalam empat hari lagi Pusat Internet 1 Malaysia mengambil kesempatan yang tinggal bagi meraikan kedatangan Ramadhan dengan mengadakan Majlis Ambang Ramadhan pada 14 June 2015. Antara pengisiannya ialah Tazkirah Ramadhan, Solat Dhuha berjemaah, bacaan yassin dan tahlil.
Aktiviti ini mendapat sambutan daripada Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) serta ibu bapa anak-anak PERMATA dengan menyediakan tempat bagi menjayakan majlis tersebut.