Seminar Wanita Muda dan Karnival Futsal

7 Mac 2015 | Sabtu

Program ini akan melahirkan wanita berintegriti dan berdaya saing satu seminar wanita telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Duyong Tengah. Program sebegini merupakan salah satu acara tahunan penduduk kampung. Acara ini juga menjadi salah satu acara bagi melahirkan golongan wanita moden yang berjaya. Dalam seminar ini para wanita didedahkan dengan pelbagai peluang yang boleh ditonjolkan sama ada melalui ilmu, bakat atau kebolehan dalam diri setiap wanita tersebut.

Ia juga menjadi salah satu medan untuk golongan wanita memperolehi serba sedikit ilmu yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Disamping itu golongan lelaki juga tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan futsal. Cabutan bertuah merupakan salah satu aktiviti yang dinanti-nantikan.