Pertandingan Tamiya Peringkat PI1M Duyong

30 Mei 2015 | Sabtu

SIRI kartun anime, Dash Yonkuro yang ditayangkan pada tahun 1990 di kaca televisyen ternyata telah memberi pengaruh besar kepada lapisan masyarakat. Siri kartun itu memaparkan kisah lima sahabat yang diketuai oleh seorang kanak-kanak, Yonkuro Hinomaru dalam pasukan lumba kereta mini Dash Warrior.

Selain anime, kereta mini yang digunakan oleh setiap watak dalam siri kartun tersebut juga merupakan alat permainan popular untuk kanak-kanak pada waktu itu. Model kereta yang digunakan oleh Yonkuro iaitu Emperor menjadi kegilaan kanak-kanak.

Tamiya merupakan jenama alat permainan, kit model, kereta kawalan radio dan alat ganti dari Jepun. Ketika permainan tersebut popular sekitar awal 1990-an, Daisheng (M) Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya pembekal permainan jenama Tamiya di Malaysia.Kereta mini tidak mempunyai alat kawalan. Ia bergantung kepada penalaan iaitu dengan memadankan aksesori dan alat ganti mengikut keadaan litar. Setiap perlumbaan merupakan eksperimentasi untuk melihat hasil penalaan sesebuah kereta mini. Antara komponen asas sebuah kereta mini Tamiya ialah casis, roda, motor, bering dan bateri bersaiz AA. Kesemua komponen itu amat penting untuk menggerakkan kereta mini ketika di litar. Walaupun kelihatan mudah, para pelumba kereta mini perlu memahami aspek teknikal dalam penalaan kereta. Selain itu, perbezaan struktur rekaan litar memerlukan modifikasi penalaan kereta mini yang berbeza.

Sehubungan itu Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Duyong telah mengambil inisiatif mengadakan pertandingan Tamiya Peringkat Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Duyong dengan kerjasama Jawatan Kuasa dan Keselamatan Kampung serta Geng Tamiya Melaka bagi merealisasikan pertandingan tersebut. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada tiga ketegori iaitu Ketegori Sekolah Rendah, Ketegori Sekolah Menengah dan Ketegori Terbuka.