Majlis Ziarah dan Tautan Kasih

26 Februari 2016

Program ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh JKKK Duyong Tengah, Japerun dan Pusat Internet 1 Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Melaka FM dan lain-lain agensi.

Matlamat program ini ialah untuk membantu golongan yang memerlukan kan orang tua serta kurang upaya. Program Ziarah dan Tautan Kasih ini dapat meningkatkan nilai murni dan menghargai orang tua terutamanya ibu bapa supaya tidak menjadi masyarakat yang melupakan ibu bapa yang bersusah payah mendidik dan menjaga kita.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program tersebut ialah menyerahkan sumbangan, jamuan makan dan lain-lain.

Berikut adalah gambar sepanjang Program Ziarah dan Tautan Kasih: