Program Interaktif Dan Lawatan Permata
9 Mac 2016
Cetusan idea untuk melaksanakan projek perintis PERMATA Negara lahir daripada ilham dan inisiatif Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tersentuh dengan permasalahan dan gejala social yang kian melanda para remaja pada masa kini. Beliau melahirkan kebimbangan dengan masalah dan gejala sosial yang semakin berleluasa melanda para remaja dan amat prihatin terhadap kesan dan impak ke atas generasi ini sekiranya ianya tidak dibendung sejak awal lagi. Bermula dari itu, beliau berpendapat sekiranya anak-anak kecil diasuh dengan nilai-nilai murni sejak awal lagi, mereka akan mempunyai asa peribadi yang baik serta kukuh untuk membesar menjadi remaja yang bersifat mulia.
Berasaskan hasrat murni inilah, pada pertengahan tahun 2006, Datin Paduka Seri Rosmah telah membentuk kumpulan yang terdiri 25 individu yang terdiri daripada golongan profesional, ahli pendidik, ahli akademik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai Kerajaan untuk membincangkan cadangan penyelesaian kepada masalah yang membimbangkan itu. Perbincangan profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran, dan latar belakang ini telah membawa kata sepakat bahawa proses pembentukan nilai diri sebagai insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal lagi dan ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan apabila baru lahir.
Gabungan idea inilah yang membawa kepada terbentuknya konsep bahawa setiap anak yang dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini adalah sebutir permata untuk Negara dan jika diasuh, diajar dan diasah dengan betul akan bersinar menerangi kegemilangan Negara di masa akan datang. Dan lahirlah falsafah Setiap Anak PERMATA Negara, Setiap Anak Begitu Berharga dan Setiap Anak Modal Insan Negara yang kemudiannya diterjemahkan kepada sebuah program khusus untuk anak-anak di bawah umur 4 tahun Program ini memberikan ilmu yang berguna kepada anak-anak kecil ini dalam mendalami ilmu teknologi bagi tahap mereka.
Antara aktiviti yang dijalankan mewarna online, ABCYA, online puzzle dan lain-lain.
Berikut adalah gambar sepanjang lawatan dan pendidikan interaktif