Bengkel “My Komuniti Kreatif”.

20 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Tempat : Perkarangan Pusat Internet 1 Malaysia Grasi Belia Duyong Melaka (BEDUMA).

Masa : 8.00am - 4.00pm

Tarikh : 20 Ogos 2016

My komuniti kreatif adalah sebuah platform dalam menggalakan komuniti secara individu ataupun berkumpulan dalam menghasilkan kandungan khusus untuk masyarakat setempat dalam bentuk video tutorial, panduan, tips kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan yang sesuai dimuatnaik di laman atas talian seperti YouTube,My1Content, vimeo atau Instagram.

Kelebihan Aktiviti:

Peserta dapat belajar cara bagaimana hendak menghasilkan video.
Peserta dapat mengetahui bagaimana dan cara yang sesuai untuk dimuatnaik di laman social.
Transformasi komuniti setempat dalam menjayakan inisiatif Komuniti Pintar.
Peserta dapat berkongsi ilmu di kalangan masyarakat melalui penghasilan kandungan digital.

Vip Yang Hadir

YBhg. Datuk Zaini bin Ismail (Pengerusi Dun Duyong)
Encik Abd. Razak bin Hj Abu (Pengurus Besar Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Majlis Dun Duyong)

Berikut adalah gambar sepanjang program dijalankan :