Ziarah Kasih Garapan Sayang

21 Januari 2017 | Sabtu
8.00 pagi – 5.00 petang

Tujuan:
Program kemasyarakatan ini merupakan program bulanan dalam calendar aktiviti PI1M Duyong. Program ini mendapat kerjasama dari Jabatan Ketua Menteri Melaka, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Japerun, Ahli Majlis, JKKK dan pelbagai agensi. Program ini adalah untuk mencari golongan yang memerlukan dalam erti kata lain memberikan sinar baru kepada mereka yang memerlukan. PI1M Duyong selaku medium utama bagi memberi didikkan untuk menjana ekonomi bagi meneruskan kelangsungan hidup serta mencari rezeki. Pendekatan yang diberikan oleh PI1M Duyong ialah memberi latihan perniagaan atas talian seperti dropship, business online di mana mereka di beri pilihan oleh Jabatan Ketua Menteri melalui Pengurus Besar Bahagian Kebajikan Masyarakat samada menjalankan perniagaan secara langsung atau atas talian. Sekiranya memilih perniagaan atas talian PI1M Duyong merupakan tonggak utama. Dimana mereka boleh datang ke PI1M Duyong p bila-bila masa untuk mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar daripada Pengurus dan Penolong Pengurus.

Kelebihan:
- Memberi pendedahan kepada penduduk mengenai PI1M.
- Memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M.
- Membantu golongan yang kurang berada dan yang lebih memerlukan.

Aktiviti Berkaitan:
- Sekiranya ada pihak yang berminat untuk menyalurkan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit, pakaian, makanan, barang keperluan harian, tenaga dan sebagainya mereka boleh terus datang ke PI1M Duyong.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama