Majlis Tadarus, berbuka Puasa dan Mengacau Dodol

15 Jun 2017 | Khamis
4.30 petang – 10.30 malam | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Duyong, Melaka

Tujuan:
Bila tibanya Ramadhan dan menanti tibanya Syawal Pihak PI1M Duyong akan mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran bersama-sama penduduk kampung. Ini adalah salah satu program yang di jalankan secara digital iaitu menggunakan applikasi https://quran.com/. Selain itu, PI1M Duyong juga mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Mengacau Dodol.

Kelebihan:
Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk meraikan kedatangan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam. Selain itu, program mengacau dodol pula bagi mewujudkan suasana kehadiran syawal yang bakal menjelma selain daripada mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

Penglibatan:
Pihak JKKK, BEDUMA, Tadika Kemas dan komuniti setempat.

Perlaksanaan aktiviti:
Majlis Tadarus, Berbuka Puasa, Solat Maghrib berjemaah, Mengacau dodol.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama