Majlis Bacaan Yassin sempena Ramadhan dan Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu

18 Mei 2017 | Khamis
8.30 pagi – 5.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Duyong, Melaka

Tujuan:
Majlis Bacaan Yassin sempena ketibaan Ramadhan serta Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu merupakan aktiviti yang julung kalinya dianjurkan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Duyong bersama pihak JKKK, BEDUMA, Tadika Kemas dan komuniti.

Kelebihan:
Aktiviti ini diadakan dengan tujuan untuk meraikan kedatangan Ramadhan iaitu bulan yang penuh keberkatan dan bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam selain itu pada hari tersebut juga diadakan Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu bagi meraikan guru-guru dan ibu yang besar pengorbanannya dalam melahirkan masyarakat yang berjaya dalam pelbagai bidang yang diceburi.

Penglibatan:
Pihak JKKK, BEDUMA, Tadika Kemas dan komuniti setempat.

Perlaksanaan aktiviti:
Majlis Bacaan Yassin sempena ketibaan Ramadhan serta Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



kembali ke halaman utama