Kursus Non-Verbal Communications Kepada Kesatuan Penghulu Dan Penggawa Semenanjung Malaysia Negeri Melaka 2018

18 April 2018 | Rabu
9.00 pagi – 2.30 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Duyong, Melaka

Tujuan:
• Merapatkan hubungan pihak pengurusan PI1M dengan komuniti tempatan.
• Menarik ahli baru PI1M.
• Menggalakkan para belia komuniti melibatkan diri dalam program yang diadakan di PI1M Klebang Besar.
• Mengenalkan pusat internet dengan lebih meluas.
• Memberi penerangan mengenai sebenarnya.my serta klik dengan bijak dan check your label dengan lebih meluas dan mendalam.

Kelebihan:
• Dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak PI1M dan penduduk kampung.
• Berkongsi maklumat yang membawa kebaikan.
• Menambah ilmu pengetahuan kepada peserta.

Penglibatan:
Para Penghulu dan Penggawa.

Nama VIP:
• En. Arif(Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia).

Aktiviti Berkaitan:
Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 2.30 petang. Para penghulu dan penggawa mendaftarkan diri sebagai peserta pada jam 8.30 pagi. Kemudian, aktiviti bersama pegawai SKMM dimulakan pada pukul 9.00 pagi.

Ceramah dan penerangan mengenai sebenarnya.my serta klik dengan bijak dan check your label bersama staff Pusat Internet 1Malaysia Duyong, Klebang, Merlimau dan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Duyong.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama