PROGRAM SEHARI BERSAMA BOMBA

Aktiviti terkini | 3 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka Taman Seri Duyong 2


Nama VIP :
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
Diadakan aktiviti mewarna lukisan oleh kanak-kanak PASTI Imtiyaz bersama ahli keluarga, taklimat keselamatan ketika kebakaran serta aktiviti memadam api kebakaran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Bukit Katil Melaka.

Tujuan :
• Program dianjurkan oleh PASTI Imtiyaz Taman Seri Duyong bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa kanak-kanak PASTI Imtiyaz dengan petugas serta memberi kesedaran tentang bahaya api kebakaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini melibatkan kanak-kanak berumur daripada 4 hingga 6 tahun bersama ahli keluarga.
• Aktiviti mewarna lukisan bomba yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong.
• Taklimat keselamatan ketika kebakaran serta aktiviti memadam api kebakaran oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Bukit Katil Melaka.

Kelebihan Aktiviti :

• Mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bersama komuniti dan agensi tempatan.
• Memberikan kesedaran tentang bahaya api kebakaran kepada kanak-kanak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :