PROGRAM BIMBINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MURID DALAM PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2022

Aktiviti terkini | 4 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Air Molek , Melaka


Ringkasan Aktiviti :
Program Bimbingan Penguasaan Kemahiran Asas Murid Dalam Pendidikan Digital Di Sekolah Daerah Melaka Tengah Tahun 2022 adalah untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah dan mengajar pelajar Tingkatan 5 berkaitan asas pengenalan Canva.


Nama VIP :
• Tn. Hj. Badrul Hisham Bin Md. Keling


Tujuan :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam pendidikan digital.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah.
• Mengajar pelajar Tingkatan 5 berkaitan asas pengenalan Canva.
• Membina resume mengikut kreativiti dan tips yang diberikan.


Kelebihan Aktiviti :

• Mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan agensi luar.
• Menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang asas pengenalan Canva & cara membina resume.
• Meningkatkan kemahiran pelajar berkaitan pendidikan digital.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :