PROGRAM BIMBINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MURID DALAM PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2022

Aktiviti terkini | 19 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Bendahara Seri Maharaja, Melaka


Ringkasan Aktiviti :
Program Bimbingan Penguasaan Kemahiran Asas Murid Dalam Pendidikan Digital Di Sekolah Daerah Melaka Tengah Tahun 2022 adalah untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah dan mengajar pelajar Tahun 6 berkaitan asas komputer, Windows dan juga Microsoft Office.


Nama VIP :
• Tn. Hj. Badrul Hisham Bin Md. Keling
• En. Mohammad Hasnizam Bin Umar


Tujuan :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam pendidikan digital.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah.
• Mengajar pelajar Tahun 6 berkaitan asas komputer, Windows dan juga Microsoft Office.
• Mengadakan aktiviti dan kuiz kepada para pelajar.


Kelebihan Aktiviti :

• Mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan agensi luar.
• Menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang asas komputer, Windows dan juga Microsoft Office.
• Meningkatkan kemahiran pelajar berkaitan pendidikan digital.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :