PROGRAM BIMBINGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN ASAS MURID DALAM PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2022
Aktiviti terkini | 1 September 2022Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Paya Redan, Melaka
Ringkasan Aktiviti :
Program Bimbingan Penguasaan Kemahiran Asas Murid Dalam Pendidikan Digital Di Sekolah Daerah Melaka Tengah Tahun 2022 adalah untuk memperkenalkan
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah dan mengajar pelajar Tahun 6 berkaitan asas komputer, Windows dan juga Microsoft Office.
Nama VIP :
En. Mohammad Hasnizam Bin Umar
Tujuan :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran,
PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah. Program ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar dalam pendidikan digital.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Mempromosikan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah.
• Mengajar pelajar Tahun 6 berkaitan asas komputer, Windows dan juga Microsoft Office.
• Mengadakan aktiviti dan kuiz kepada para pelajar
Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan agensi luar.
• Menambah ilmu pengetahuan pelajar tentang asas komputer, Windows dan juga Microsoft Office.
• Meningkatkan kemahiran pelajar berkaitan pendidikan digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :