PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (PENYALAHGUNAAN GAJET & APLIKASI SOSIAL MEDIA SERTA KESAN KEPADA MURID)
Aktiviti terkini | 12 Januari 2023Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Seri Duyong, Melaka
Nama VIP :
TIADA
Ringkasan Aktiviti :
Diadakan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Penyalahgunaan Gajet & Aplikasi Sosial Media Serta Kesan Kepada Murid dan soalan kuiz kepada para pelajar di SK Seri Duyong.
Tujuan :
• Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang penyalahgunaan gajet & aplikasi media sosial serta kesannya.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program ini melibatkan pelajar berumur daripada 11 hingga 12 tahun.
• Diadakan kuiz berkaitan dengan penyalahgunaan gajet dan kesan serta penyampaian hadiah kepada pelajar yang berjaya menjawab kuiz dengan betul.
Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bersama komuniti dan agensi tempatan.
• Memberikan kesedaran tentang penyalahgunaan gajet dan aplikasi media social serta kesannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :