PROGRAM BIMBINGAN PENGUASAAN APLIKASI CANVA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH 2023 BERSAMA RAKAN PINTAR PEDI - KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti terkini |2 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Seri Duyong 2
Ringkasan Aktiviti :
• Program Bimbingan Penguasaan Aplikasi Canva adalah untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah dan mengajar para guru yang terpilih berkaitan asas pengenalan dan penggunaan Canva.

Tujuan :
• Program ini merupakan kolaborasi bersama di antara Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan (USTP), Sektor Pembelajaran, PPD Melaka Tengah dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Melaka Tengah.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Mempromosikan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah.
• Mengajar guru berkaitan asas pengenalan dan penggunaan Canva.
• Mencipta poster dan video mengikut kreativiti dan tips yang diberikan.


Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan antara kakitangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan agensi luar.
• Meningkatkan kemahiran guru berkaitan pendidikan digital.


Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :