Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.

Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).

Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.

Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Masih Ada Yang Sayang

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2017

Berbicara tenteng kehidupan dengan Kos Sara Hidup yang Tinggi. Pihak Pusat Internet 1 Malaysia dengan Kerjasama Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri... baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil Dan Doa Selamat

Aktiviti Terkini | 25 September 2017

Bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat serta untuk memperkenalkan PI1M bukan hanya sebagai Pusat Internet... baca selanjutnya

Digi-Petrosains Robotic Program 2017(Qualifying Round)

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2017

Aktiviti ini dapat mengetengahkan bakat pelajar dalam mencipta robot, mendidik pelajar agar dapat mencipta robot yang... baca selanjutnya

Majlis Sambutan Hari Raya dan Open House PI1M Duyong

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat, memperkenalkan PI1M bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat... baca selanjutnya

Majlis Tadarus, berbuka Puasa dan Mengacau Dodol

Aktiviti Terkini | 15 Jun 2017

Bila tibanya Ramadhan dan menanti tibanya Syawal Pihak PI1M Duyong akan mengadakan Majlis Tadarus Al-Quran bersama-sama penduduk kampung. Ini adalah... baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yassin sempena Ramadhan dan Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2017

Majlis Bacaan Yassin sempena ketibaan Ramadhan serta Sambutan Hari Guru dan Hari Ibu merupakan aktiviti yang julung kalinya dianjurkan oleh pihak... baca selanjutnya

Karnival Kejohanan Bola Sepak 7s U10 & U12 Piala Datuk Bandar MBMB 2017

Aktiviti Terkini | 29 April 2017

Sambutan Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang disambut pada setiap 15 April setiap tahun merupakan hari kelepasan am bagi negeri Melaka bersempena sambutan ulangtahun... baca selanjutnya

Program Digi-Petrosains Robotic Workshop 2017

Aktiviti Terkini | 25 - 27 April 2017

Mengajar asas-asas robotic kepada pelajar dan dapat membantu meningkatkan kemahiran tentang robitik... baca selanjutnya

Lawatan Ybhg Dato’ Sri Dr Halim Shafie Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2017

Lawatan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia YBHG Dato’ Sri Dr Halim Shafie dan delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia... baca selanjutnya

PROGRAM JOM KITA KE KAMPUNG

Aktiviti Terkini | 8 Februari 2017

Program Jom Kita Ke Kampung merupakan program kesinambungan Program Ziarah Kasih. Program ini adalah bagi mencari dan membantu mereka yang memerlukan. Ini adalah bagi menyahut seruan kerajaan bagi merealisasikan Melaka Bebas Kemiskinan... baca selanjutnya

Jom Mengail Ikan Darat

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2017

Pertandingan kali ini mendapat kerjasama yang erat dari Ahli Majlis, Penghulu, JKKK, Pusat Internet 1 Malaysia Taman Muhibah Merlimau dan masyarakat sekitar. Penyertaan kali ini juga amat memberangsangkan iaitu sekitar 300 Orang yang menyertai. Peserta terdiri daripada penduduk Kampung Duyong sendiri dan kampung-kampunekitar seperti Solok Bukit Baru, Bukit Godek, Kampung Paya Ikan dan sebagainya... baca selanjutnya

Ziarah Kasih Garapan Sayang

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Program ini adalah untuk mencari golongan yang memerlukan dalam erti kata lain memberikan sinar baru kepada mereka yang memerlukan. PI1M Duyong selaku medium utama bagi memberi didikkan untuk menjana ekonomi bagi meneruskan kelangsungan hidup serta mencari rezeki... baca selanjutnya