Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.
Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).
Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.
Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM SEHARI BERSAMA ANGKATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI MELAKA (APM)
Aktiviti Terkini | 1 Disember 2023Program dimulakan dengan pelajar membuat aktivit kraf. Seterusnya taklimat keselamatan serta demontrasi pertolongan cemas yang disampaikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Negeri Melaka (APM)....baca selanjutnya
PROGRAM BIMBINGAN PENGUASAAN APLIKASI CANVA SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MELAKA TENGAH 2023 BERSAMA RAKAN PINTAR PEDI - KLUSTER MELAKA TENGAH
Aktiviti Terkini | 2 November 2023Program Bimbingan Penguasaan Aplikasi Canva adalah untuk memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah dan mengajar para guru yang terpilih berkaitan asas pengenalan dan penggunaan Canva....baca selanjutnya
PROGRAM KITA MADANI PERINGKAT NEGERI MELAKA 2023
Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2023Diadakan aktiviti senamrobik, pertandingan mewarna, pertandingan E-Learning, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan juga sukan rakyat....baca selanjutnya
PROGRAM HARI MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 14 September 2023Diadakan aktiviti bercerita, nyanyian lagu patriotik, mewarna kraf dan juga pertandingan pakaian bertemakan cita-cita....baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI DUN DUYONG
Aktiviti Terkini | 6 Ogos 2023Tujuan program ini dilaksanakan untuk menyampaikan taklimat klik dengan bijak yang bertajuk berita palsu dan ‘scammer’ dalam talian kepada komuniti Dun Duyong................baca selanjutnya
KELAS TRANSFORMASI PENJAJA BERTARAF BANDARAYA
Aktiviti Terkini | 7 Julai 2023Tujuan program ini dilaksanakan untuk membantu penjaja di sekitar Duyong menaik taraf perniaagaan mereka kepada pembayaran tanpa tunai (cashless) dan menyediakan penghantaran makanan...............baca selanjutnya
2D ANIMATION – ANIMATED DRAWINGS
Aktiviti Terkini | 2 Jun 2023Kelas ini bertujuan untuk melihat adik - adik ini menpunyai daya kreativiti dalam bidang animasi dan seni lukis..............baca selanjutnya
JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT
Aktiviti Terkini | 18 Mei 2023Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini adalah kerjasama antara PASTI Imtiyaz dan juga Perpustakaan Desa Taman Seri Duyong dengan slogan BACA BINA INSAN. Program ini adalah sebagai tanda komitmen kita terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan walaupun hanya untuk 10 minit di mana-mana sahaja. .............baca selanjutnya
PROGRAM WORLD QURAN HOUR
Aktiviti Terkini | 13 April 2023Program World Quran Hour ini bertujuan untuk menyokong seruan berinteraksi dengan al-Quran yang mensasarkan semua orang, di mana pun anda berada untuk bersama-sama meluangkan masa pada 13 April 2023.............baca selanjutnya
PROGRAM BERSAMA GURU TADIKA PERPADUAN : KELAS ASAS MICROSOFT EXCEL
Aktiviti Terkini | 10 Mac 2023Program ini bertujuan untuk memberikan ilmu asas tentang Microsoft Excel dan juga memperkenalkan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kepada para peserta............baca selanjutnya
PROGRAM BENGKEL DIGITALISASI : DIGITAL MARKETING
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2023Program ini adalah kolaborasi bersama Koperasi Pengusaha Agro Kedah Berhad yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada koperasi dan usahawan tempatan dalam melebarkan serta meningkatkan ekonomi mereka. .............baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (PENYALAHGUNAAN GAJET & APLIKASI SOSIAL MEDIA SERTA KESAN KEPADA MURID)
Aktiviti Terkini | 12 Januari 2023Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah tentang penyalahgunaan gajet & aplikasi media sosial serta kesannya.............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya