Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.
Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).
Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.
Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Digi Academy: Digital Literacy Programme’
Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan TahunMerupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya
Pengurusan Jenazah 2018
Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018Untuk mengajar kemahiran menguruskan jenazah dan memberikan kesedaran mengenai pengurusan jenazah serta mengendalikan aktiviti mengurus jenazah... baca selanjutnya
Digi Academy – Design Thinking
Aktiviti Terkini | 16 November 2018Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya
Hari Pos Sedunia Peringkat Negeri Melaka
Aktiviti Terkini | 9 Oktober 2018Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan PI bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat dan menjadikan Pusat Internet sebagai 1 stop Centre... baca selanjutnya
Hari Potensi dan Inovasi
Aktiviti Terkini | 24 September 2018Bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti masyarakat dan memupuk semangat kerjasama dalam jiwa... baca selanjutnya
Motivasi Pelajar Cemerlang 2018
Aktiviti Terkini | 9 - 11 Ogos 2018Dapat mengeratkan hubungan diantara masyarakat dan PI & melahirkan masyarakat yang harmoni dan merapatkan jurang silaturahim antara satu sama lain... baca selanjutnya
Bengkel IOT SKMM Bersama JPN Melaka
Aktiviti Terkini | 9 - 11 Julai 2018Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat dan memperkenalkan PI1M bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat... baca selanjutnya
Kursus Non Verbal Communication 2
Aktiviti Terkini | 4 Jun 2018Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan PI bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat serta menjadikan Pusat Internet sebagai 1 stop Centre... baca selanjutnya
Sambutan Hari Guru & Ambang Ramadhan 2018
Aktiviti Terkini | 16 Mei 2018Dapat menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat dan memperkenalkan PI1M bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat... baca selanjutnya
Kursus Non-Verbal Communications
Aktiviti Terkini | 18 April 2018Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 2.30 petang. Para penghulu dan penggawa mendaftarkan diri sebagai peserta pada jam 8.30 pagi. Kemudian, aktiviti bersama pegawai SKMM dimulakan pada pukul 9.00 pagi... baca selanjutnya
Membandarkan Desa Bersama Pelajar Diploma Eksekutif Pembangunan Luar Bandar University Agroscience Malaysia
Aktiviti Terkini | 1 Mac 2018Menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat, memperkenalkan PI1M bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat... baca selanjutnya
Gotong – Royong Perdana Peringkat Kampung Duyong Tengah
Aktiviti Terkini | 21 Februari 2018Dapat memperkenalkan PI1M sebagai pusat sehenti yang menyalurkan maklumat dan perkhidmatan dan mengeratkan hubungan diantara masyarakatdan PI1M... baca selanjutnya
Lawatan Yayasan Pembangunan Terengganu
Aktiviti Terkini | 12 Januari 2018Tujuan aktiviti ini adalah untuk menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat, memperkenalkan PI1M bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat serta menjadikan Pusat Internet sebagai 1 stop Centre... baca selanjutnya