Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.

Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).

Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.

Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


WAWANCARA BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA & PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK SECARA LIVE DI PAGE FACEBOOK PUSAT INTERNET TAMAN SERI DUYONG 2

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2020

Objektif “Live” adalah memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT

Aktiviti Terkini | 5 Disember 2020

Objektif program ini adalah bermatlamatkan keselamatan, tanggungjawab dan kewaspadaan dalam menggunakan perkhidmatan ICT....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK (MAKLUMAT PALSU) SECARA LIVE DI PAGE FACEBOOK PUSAT INTERNET TAMAN SERI DUYONG 2

Aktiviti Terkini | 15 NOVEMBER 2020

Objektif siaran kangsung ini adalah bermatlamatkan keselamatan, tanggungjawab dan kewaspadaan dalam menggunakan perkhidmatan ICT....baca selanjutnya

PROGRAM KEMAHIRAN PEMBELAJARAN DIGITAL MASA DEPAN (FUTURE SKILLS LEARNING)

Aktiviti Terkini | 3 - 4 Oktober 2020

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam menguasai modul-modul pembelajaran digital baru disamping memperkukuhkan kemahiran ‘Computational Thinking’....baca selanjutnya

BENGKEL MIV BERSAMA KOMUNITI 2020 SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini |5 September 2020

Memberi penerangan tentang aktiviti MIV bersama komuniti kepada peserta sukarelawan yang berlangsung dalam tempoh 6 Sept – 2 Nov 2020.....baca selanjutnya

PROGRAM KEMBARA ILMU MERDEKA 2020 BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA

Aktiviti Terkini |4 September 2020

Objektif aktiviti adalah untuk memberi pendedahan tentang hari kemerdekaan negara Malaysia kepada pelajar....baca selanjutnya

QUIZ BASIC ICT

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2020

Objektif kuiz ini adalah untuk memberi pengenalan dan pengetahuan mengenai asas ICT, jenis-jenis peranti dan software....baca selanjutnya

AKTIVITI: MEWARNA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SERI DUYONG

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2020

Objektif aktiviti adalah untuk memberi pendedahan tentang hari kemerdekaan negara Malaysia kepada pelajar....baca selanjutnya

KELAS ONLINE BERNIAGA DI FACEBOOK, INSTAGRAM & SHOPEE BERSAMA KKMM & MDEC

Aktiviti Terkini | 13 Ogos 2020

Objektif aktiviti adalah untuk memberi pendedahan tentang cara untuk membina akaun Facebook Page, Instagram Business & akaun Shopee....baca selanjutnya

TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN SECARA ONLINE 1 JAM

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020

Objektif taklimat adalah untuk memberikan pendedahan teori dan praktikal berkenaan pencegahan kebakaran kepada kakitangan Pusat Internet...baca selanjutnya

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 21 Jun 2020

Objektif penganjuran adalah memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini |29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini |1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini |18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG DI SEKITAR PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini |8 Mac 2020

Objektif penganjuran adalah memperkenalkan Pusat Internet kepada komuniti....baca selanjutnya

TYPING SPEED TEST

Aktiviti Terkini |28 Februari 2020

Merapatkan jurang digital antara satu sama lain....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti