Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.
Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).
Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.
Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024Bengkel Aplikasi dan Lego(Robotik) 2016 Pusat Internet 1Malaysia(PI1M) Serkam, Merlimau, Jasin
Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2016Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik... baca selanjutnya
Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam... baca selanjutnya
PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016
Berita TerkiniUntuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’... baca selanjutnya
Bengkel My Komuniti Kreatif Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang
Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016My komuniti kreatif adalah sebuah platform dalam menggalakan komuniti secara individu ataupun berkumpulan dalam menghasilkan kandungan khusus untuk masyarakat setempat dalam bentuk video tutorial, panduan, tips kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan yang sesuai dimuatnaik di laman atas talian seperti YouTube,My1Content, video atau Instagram... baca selanjutnya
Majlis Sambutan Hari Raya 2016
Aktiviti Terkini | 29 Julai 2016Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan... baca selanjutnya
Majlis Berbuka Puasa
Aktiviti Terkini | 17 Jun 2016Secara bahasa, puasa atau shaum dalam bahasa Arabnya berarti menahan diri dari segala sesuatu. Jadi, puasa itu ialah menahan diri dari segala perkara seperti makanan, minuman, berbicara, menahan nafsu dan syahwat, dls. Sedangkan secara istilah, puasa yaitu menahan diri dari segala sesuatu yang bisa membatalkan puasa yang dimulai sejak terbit fajar hingga matahari terbenam... baca selanjutnya
Program Interaktif Dan Lawatan Permata
Aktiviti Terkini | 09 Mac 2016Cetusan idea untuk melaksanakan projek perintis PERMATA Negara lahir daripada ilham dan inisiatif Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang tersentuh dengan permasalahan dan gejala social yang kian melanda para remaja pada masa kini. Beliau melahirkan kebimbangan dengan masalah dan gejala sosial yang semakin berleluasa melanda para remaja dan amat prihatin terhadap kesan dan impak ke atas generasi ini sekiranya ianya tidak dibendung sejak awal lagi... baca selanjutnya
Majlis Ziarah dan Tautan Kasih
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2016Program ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh JKKK Duyong Tengah, Japerun dan Pusat Internet 1 Malaysia dengan Kerjasama Jabatan Ketua Menteri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Melaka FM dan lain-lain agensi. Matlamat program ini ialah untuk membantu golongan yang memerlukan kan orang tua serta kurang upaya... baca selanjutnya
Sambutan Maulidur Rasul
Aktiviti Terkini | 08 Januari 2016Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul... baca selanjutnya