Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.

Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).

Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.

Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


MICROSOFT PAINT – LUKIS MENGIKUT KREATIVITI

Aktiviti Terkini | 10 Disember 2021

Untuk melatih kanak-kanak menggunakan tools Microsoft Paint mengikut kreativiti sendiri..........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA & PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 22 November 2021

Mempromosikan Pakej Peranti Keluarga Malaysia & Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan oleh Digi.........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : GENIALLY – CREATE INTERACTIVE PRESENTATION

Aktiviti Terkini | 10 Oktober 2021

Sembang santai untuk mempelajari tahap kreativiti presentation pelajar.........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : USAHAWAN SHOPEE - NARINAR OFFICIAL & HOMEMADE PREMIUM

Aktiviti Terkini | 12 September 2021

Sembang santai dan mempromosikan produk yang dijual di platform Shopee dan sosial media lain secara percuma berkenaan Usahawan Shopee - Narinar Official & Homemade Premium.........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : KLIK DENGAN BIJAK - PANDUAN KESELAMATAN MELAYARI INTERNET

Aktiviti Terkini | 21 Ogos 2021

Menerangkan tentang panduan keselamatan melayari internet dan beberapa peringatan berkaitan internet. ........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE: CYBER SECURITY

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2021

Menerangkan tentang kategori keselamatan siber dan ancaman keselamatan siber........baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE : TUTORIAL MENGGUNAKAN APPLIKASI ZOOM MEETING

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2021

Menerangkan tentang kegunaan applikasi zoom meeting dengan lebih mendalam.......baca selanjutnya

LIVE FB : PROGRAM JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 29 Mei 2021

Menerangkan tentang Program Jaringan Prihatin oleh Digi untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat yang layak......baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA UNTUK 10 MINIT BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SERI DUYONG 2 DAN PASTI IMTIYAZ TAMAN SERI DUYONG

Aktiviti Terkini | 22 April 2021

Menggalakkan aktiviti membaca dikalangan masyarakat.....baca selanjutnya

LIVE FB : KLIK DENGAN BIJAK (KDB) YANG BERTAJUK CHECK YOUR LABEL & MOBILE E-WASTE

Aktiviti Terkini | 21 Mac 2021

Memberi penerangan tentang online grooming dan sexting....baca selanjutnya

LIVE FB : KLIK DENGAN BIJAK (KDB) YANG BERTAJUK ONLINE GROOMING DAN SEXTING

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2021

Menerangkan tentang kepentingan mempunyai label MCMC pada alat komunikasi.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti