Mengenai PI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.
Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).
Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.
Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024HARI KELUARGA PI MELAKA
Aktiviti Terkini | 24 - 25 Disember 2019Menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat..... baca selanjutnya
LAWATAN KERJA KETUA MENTERI MELAKA
Aktiviti Terkini | 28 November 2019Menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat.... baca selanjutnya
KARNIVAL ICT MBMB 2019
Aktiviti Terkini |4 - 6 Oktober 2019Menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat.... baca selanjutnya
PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI #inirumahkita
Aktiviti Terkini |13 hingga 15 September 2019Menjalinkan kerjasama antara PI1M dan penduduk setempat.... baca selanjutnya
MERDEKA BERSAMA
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2019Memperkenalkan PI1M sebagai pusat sehenti yang menyalurkan maklumat dan perkhidmatan... baca selanjutnya
LATIHAN KEBAKARAN
Aktiviti Terkini | 13 Julai 2019Memperkenalkan PI1M bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat... baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 16 Jun 2019Jamuan ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan merapatkan jurang silaturahim antara satu sama lain.... baca selanjutnya
Program Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Bersama KRT
Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019Program bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama,disamping untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PIM dengan komuniti setempat... baca selanjutnya
Karnival Kerjaya 2019
Aktiviti Terkini | 30 April 2019Bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada komuniti, mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat dan mengisi waktu cuti persekolahan pelajar dengan aktiviti yang sihat... baca selanjutnya
Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Melaka
Aktiviti Terkini | 17 Mac 2019Objektifnya adalah menghargai komuniti dan ahli yang banyak membantu dalam merealisasikan sesuatu aktiviti dan berkongsi idea dan pendapat serta mengambil kira inisiatif yang diusulkan serta bekerjasama dalam menjayakan apa yang dihajati... baca selanjutnya
Derma Darah & Klik Dengan Bijak
Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019Dapat memperkenalkan PI bukan hanya sebagai Pusat Internet tetapi juga sebagai penghubung ukhwah antara masyarakat... baca selanjutnya
Community E-Learning
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2019Dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan merapatkan jurang silaturahim antara satu sama lain... baca selanjutnya