Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dipercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah(Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Siguntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit.

Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah. Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu(sekarang dipanggil Padang Temu).

Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”.

Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN)

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2014

Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah...baca selanjutnya

Karnival Rakyat

Aktiviti Terkini | 28 November 2014

Karnival Rakyat merupakan salah satu acara tahunan bagi penduduk Kampung Duyong Tengah bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain...baca selanjutnya

Program Bicara Kebajikan Bersama Polis Diraja Malaysia "JENAYAH SIBER"

Aktiviti Terkini | 03 October 2014

Jenayah Siber merupakan jenayah yang paling popular ketika ini. Oleh itu, Pihak Pusat Internet 1 Malaysia Duyong dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jawatankuasa Kampung telah mengadakan satu program Bicara Kebajikan bersama Polis Diraja Malaysia bagi memberi pendedahan tentang Jenayah Siber yang semakin berleluasa ini...baca selanjutnya

Lawatan Belia Kota Sawahlunto Ke PI1M Duyong

Aktiviti Terkini | 05 - 09 September 2014

Pertukaran Belia Antarabangsa di Kampung Duyong merupakan salah satu aktiviti yang paling popular setiap tahun. Namun pada tahun ini Pusat Internet 1 Malaysia mendapat mandat penuh bagi menjayakan program tersebut...baca selanjutnya

Sambutan Merdeka Raya PI1M

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2014

Bersempena dengan bulan syawal yang jatuh pada bulan yang sama dengan tarikh kemerdekaan Malaysia. Satu sambutan yang bertemakan Merdeka Raya telah diadakan pada 23 Ogos 2014...baca selanjutnya

Bengkel Kursus Keusahawanan Sesi Pertama 2014

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2014

Dunia perniagaan memang tidak dapat lari dalam diri individu. Ini adalah kerana bidang perniagaan dapat menjana pendapatan individu dan isi rumah. Pada masa sekarang perniagaan boleh dijalankan hanya dengan hujung jari...baca selanjutnya

Lawatan Pengawai MARA, TEKUN, MBMB, YAYASAN Melaka, Jabatan Penerangan

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2014

Semua sedia maklum Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tekun Nasional (TEKUN), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Yayasan Melaka merupakan sebahagian pelopor dalam bidang perniagaan bukan sahaja di Melaka bahkan di seluruh Malaysia.Lawatan Pegawai MARA, TEKUN dan lain-lain merupakan salah satu inisiatif Pusat Internet 1 Malaysia dalam menjayakan program-program kemasyarakatan tanpa mengira sektor sama ada kerajaan atau swasta...baca selanjutnya

Majlis Perasmian PI1M oleh Ketua Menteri Melaka

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2014

Majlis Perasmian Pusat Internet Kampung Duyong Tengah telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka Yang Amat Berhormat Datuk Wira Ir. Hj Idris Bin Hj Haron sendiri dengan kerjasama Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) Encik Abdul Razak Bin Abu dan komuniti Kampung Duyong Tengah sendiri...baca selanjutnya

Jadual Kelas ICT Sepanjang Tahun 2014

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2014

Bagi Melahirkan golongan yang celik IT sejajar matlamat kerajaan untuk membanteras masyarakat buta teknologi Pihak Pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Cawangan Duyong mengadakan Latihan ICT secara percuma pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari untuk sessi pagi,untuk sesi petang kelas bermula dan 2.30 petang hingga 4.30 petang...baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M 2014

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2014

Bagi memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia Cawangan Duyong Melaka kepada umum satu Karnival Hari Terbuka telah diadakan dapa 22 Januari 2014...baca selanjutnya